Skip to main content

Rasullullah SAW berpesan kepada kita semua umat Islam agar memperbanyakkan lagi amalan-amalan ibadah terutamanya pada malam-malam ganjil di penghujung Ramadhan.

Makanya, pihak sekolah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Program Katibah untuk pelajar tahun 5 dan 6 pada 15-16 April 2022 bersamaan 14-15 Ramadhan 1443 H. Program ini merupakan sebahagian daripada program Ihya Ramadhan sekolah.

Program dimulakan pada hari Sabtu malam selepas solat tarawih pada pukul 10.00 malam bertempat di sekolah. Pengisian program ini bermula dengan takzirah tentang kelebihan dan istimewanya Qiyamullail di bulan Ramadhan sebelum pelajar tidur pada pukul 11.00 malam.

Pelajar dikejutkan untuk bangun seawall pukul 4.00 pagi untuk melakukan solat sunat taubat, tahajjud dan hajat seterusnya bersahur pada pukul 5.00 pagi. Sahur nasi goreng ayam dan air milo panas disediakan oleh pihak sekolah.

Solat Subuh secara berjemaah di laksanakan di masjid. Para pelajar dibenarkan pulang kira-kira pukul 7.00 pagi. Rata-rata ibu bapa sangat berpuas hati dengan penganjuran program ini dan menyokong penuh program ini diteruskan lagi pada masa akan datang.

Leave a Reply