Fasa 2 – Bangunan Kelas 2 Tingkat | Madrasah Kiyai Haji Ali Qaribun (MKHAQ)
-
RM1,600,000
Funding Goal -
RM150,244
Funds Raised -
Campaign Never Ends
Campaign End Method
Campaign Story
Kini, pembinaan madrasah memasuki fasa kedua iaitu pembinaan bangunan kelas 2 tingkat. Pembinaan fasa ini dianggarkan melibatkan kos sebanyak RM 1.6 juta.
Kiyai Haji Ali Qaribun (MKHAQ) merupakan sebuah institusi pendidikan tahfiz di integrasikan bersama dengan pendidikan vokasional. Ini sebagai salah satu persiapan pelajar tahfiz untuk memasuki bidang pekerjaan berkaitan kemahiran vokasional. Dengan harapan lulusan MKHAQ kelak akan menjadi da’ie, menyebarkan ajaran Islam yang benar dalam dalam bidang pekerjaan masing-masing.
Nama MKHAQ diambil bersempena tokoh ulama tersohor di Selangor pada masa dahulu. Tokoh ini bernama Kiyai Muhammad Ali Qaribun yang bermastautin di Kampung Sijangkang. Tokoh ini juga merupakan pengasas sekolah pondok terawal di Selangor iaitu Pondok Kiyai Muhammad Ali Qaribun sekitar tahun 1917. Ini diakui sendiri oleh Sultan Selangor, Almarhum Sultan Alaudin Sulaiman Syah pada tahun 1925. (Sumber: Research in Islamic Studies (RIS) Universiti Malaya Vol 7, No 3(2020;31-39)
Madrasah MKHAQ ini dibina di atas 1 ekar tanah wakaf persendirian yang terletak di Lot 15283 Jalan Rumbia Batu 8 Kampung Sijangkang Telok Panglima Garang Selangor.
Proses pembinaan di bahagikan kepada 4 fasa:
- Fasa 1: Binaan 5 unit bengkel vokasional
- Fasa 2: Binaan bangunan kelas 2 tingkat (Fasa TERKINI)
- Fasa 3: Binaan bangunan 2 blok bangunan 2 tingkat untuk kegunaan asrama, kantin dan pejabat madrasah.
- Fasa 4: Penyediaan padang, gelanggang sukan, jalan raya dan kemudahan yang lain.
Oleh yang demikian, yayasan membuka peluang seluas-luasnya untuk tuan puan dermawan sekalian untuk bersama-sama menyumbang dalam pembinaan madrasah ini.
Name | Donate Amount | Date |
---|---|---|
Anonymous | RM0 | June 21, 2024 |
Anonymous | RM20 | June 14, 2024 |
Noor Saadah Halim | RM50 | May 24, 2024 |
Anonymous | RM10 | May 24, 2024 |
Anonymous | RM20 | April 26, 2024 |
mohd hairullizam sabri | RM3 | August 21, 2023 |
Shakirah Abdul Karim | RM2 | July 26, 2023 |
Anonymous | RM100 | April 20, 2023 |
Anonymous | RM10 | August 20, 2022 |
Anonymous | RM10 | August 16, 2022 |
Anonymous | RM0 | July 29, 2022 |
Anonymous | RM10 | July 22, 2022 |
Aditya (Jangan Delete) | RM100,000 | July 21, 2022 |
Shakirah Abdul Karim | RM5 | July 07, 2022 |
Anonymous | RM2 | July 06, 2022 |
Anonymous | RM2 | July 06, 2022 |
Aditya (Jangan Delete) | RM50,000 | July 05, 2022 |
There are no reviews yet.