Skip to main content

Projek

Madrasah Kiyai Haji Ali Qaribun
(MKHAQ)

Pengenalan

MADRASAH
KIYAI HAJI ALI QARIBUN
(MKHAQ)

merupakan sebuah institusi pendidikan tahfiz di integrasikan bersama dengan pendidikan vokasional. Ini sebagai salah satu persiapan pelajar tahfiz untuk memasuki bidang pekerjaan berkaitan kemahiran vokasional. Dengan harapan lulusan MKHAQ kelak akan menjadi da’ie, menyebarkan ajaran Islam yang benar dalam dalam bidang pekerjaan masing-masing.

Nama MKHAQ diambil bersempena tokoh ulama tersohor di Selangor pada masa dahulu.

PENGASAS SEKOLAH PONDOK TERAWAL DI SELANGOR

Tokoh ini bernama Kiyai Muhammad Ali Qaribun yang bermastautin di Kampung Sijangkang.

Tokoh ini juga merupakan pengasas sekolah pondok terawal di Selangor iaitu Pondok Kiyai Muhammad Ali Qaribun sekitar tahun 1917. Ini diakui sendiri oleh Sultan Selangor, Almarhum Sultan Alaudin Sulaiman Syah pada tahun 1925. (Sumber: Research in Islamic Studies (RIS) Universiti Malaya Vol 7, No 3(2020;31-39)

Yayasan Al Mukhlisin 

Yayasan Al Mukhlisin 

Yayasan Al Mukhlisin 

Yayasan Al Mukhlisin 

Yayasan Al Mukhlisin 

Yayasan Al Mukhlisin 

VISI

Membangunkan institusi pendidikan integrasi tahfiz dan vokasional yang berpandukan ajaran Islam yang syumul.

MISI

Melahirkan pelajar yang menghafaz 30 juzuk Al-Quran dan mempunyai kemahiran vokasional serta mampu menjadi da’ie yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Objektif

  • Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran tajwid dan dapat menghafaz 30 juzuk Al-Quran.
  • Membina pelajar yang berpengetahuan mendalam dan mengamalkan ajaran Islam serta mampu menjadi da’ie kepada masyarakat.
  • Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran teknikal yang dapat memberi manfaat kepada orang lain.
  • Menghasilkan pelajar yang seimbang pencapaian dan pengetahuan dunia dan ukhrawi.

CARTA ORGANISASI MKHQ

PENAUNG

Tuan Guru Syeikh
Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

PENGERUSI

Hairulizam Bin Saliban

SETIA USAHA

Mohd Hizbullah
Dhiauddin Bin Halim

BENDAHARI

Tuan Haji Ismawadee Bin Ismail

AHLI JAWATAN KUASA

KETUA UNIT DANA

Hadzir Bin Mohamed

KETUA UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT

Amiruddin Bin Zainal

KETUA UNIT PEMBANGUNAN

Mesari Bin Jasman

KETUA UNIT MODUL

Tuan Haji Ismawadee Bin Ismail

CARTA ORGANISASI MKHQ

PENAUNG

Tuan Guru Syeikh
Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

PENGERUSI

Hairulizam Bin Saliban

SETIA USAHA

Mohd Hizbullah
Dhiauddin Bin Halim

BENDAHARI

Tuan Haji Ismawadee Bin Ismail

AHLI JAWATAN KUASA

KETUA UNIT DANA

Hadzir Bin Mohamed

KETUA UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT

Amiruddin Bin Zainal

KETUA UNIT PEMBANGUNAN

Mesari Bin Jasman

KETUA UNIT MODUL

Tuan Haji Ismawadee Bin Ismail

KURIKULUM YAYASAN

Tahfiz

  • Hafazan 30 Juzuk Al-Qur’an dan Mendalami Ilmu Tajwid dan Tafsir

I’dad

  • Pengajian Kitab Thurath

Vokasional

  • Kejuruteraan Kenderaan
  • Fabrikasi Logam Kimpalan
  • Elektrikal dan Pendawaian
  • Kulinari
  • Jahitan dan Perawatan

PROJEK PEMBINAAN

Madrasah MKHAQ ini dibina di atas 1 ekar tanah wakaf persendirian yang terletak di Lot 15283 Jalan Rumbia Batu 8 Kampung Sijangkang Telok Panglima Garang Selangor.

MADRASAH FASA 1

Fasa pertama telah selesai dibina yang membabitkan binaan 5 unit bengkel vokasional dengan kos berjumlah RM 520,000.

MADRASAH FASA 2

Pembinaan madrasah memasuki fasa kedua iaitu pembinaan bangunan kelas 2 tingkat. Pembinaan fasa ini dianggarkan melibatkan kos sebanyak RM 1.6 juta.

MADRASAH FASA 3

Membabitkan pembinaaan 2 blok bangunan 2 tingkat untuk kegunaan asrama, kantin dan pejabat madrasah yang dianggarkan membabitkan kos RM 2.3 juta.

MADRASAH FASA 4

Penyediaan padang/ gelanggang sukan dan kemudahan yang lain dianggarkan membabitkan kos sebanyak RM 4.5 juta.

Fasa 1 – 5 Unit Bengkel Vokasional | Madrasah Kiyai Haji Ali Qaribun (MKHAQ)

by aditya aditya

Lot 15283, Jalan Rumbia Batu 8, Kampung Sijangkang, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia

Fasa pertama MKHAQ telah selesai dikumpul membabitkan binaan 5 unit bengkel vokasional. Pembinaan fasa ini dianggarkan melibatkan kos sebanyak RM 520,000.

Raised Percent :
100.00%
RM520,000
Funding Goal
RM520,000
Fund Raised

  Projek Selesai

PERKEMBANGAN PROJEK YANG MEMERLUKAN SUMBANGAN ANDA

Kini, pembinaan madrasah memasuki fasa kedua iaitu pembinaan bangunann kelas 2 tingkat. Pembinaan fasa ini dianggarkan melibatkan kos sebanyak RM 1.6 juta.

Oleh yang demikian, yayasan membuka peluang seluas-luasnya untuk tuan puan dermawan sekalian untuk bersama-sama menyumbang dalam pembinaan madrasah ini.

Fasa 2 – Bangunan Kelas 2 Tingkat | Madrasah Kiyai Haji Ali Qaribun (MKHAQ)

by aditya aditya

, Malaysia

Kini, pembinaan madrasah memasuki fasa kedua iaitu pembinaan bangunan kelas 2 tingkat. Pembinaan fasa ini dianggarkan melibatkan kos sebanyak RM 1.6 juta.

Raised Percent :
9.39%
RM1,600,000
Funding Goal
RM150,244
Fund Raised

RM

Fasa 3 – Asrama, Kantin & Pejabat | Madrasah Kiyai Haji Ali Qaribun (MKHAQ)

by aditya aditya

Lot 15283, Jalan Rumbia Batu 8, Kampung Sijangkang, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia

Fasa 3 ini membabitkan pembinaaan 2 blok bangunan 2 tingkat untuk kegunaan asrama, kantin & pejabat MKHAQ yang dianggarkan melibatkan kos RM 2.3 juta.

Raised Percent :
0%
RM2,330,000
Funding Goal
RM0
Fund Raised

RM

Fasa 4 – Padang, Gelanggang Sukan & Jalan Raya | Madrasah Kiyai Haji Ali Qaribun (MKHAQ)

by aditya aditya

Lot 15283, Jalan Rumbia Batu 8, Kampung Sijangkang, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia

Fasa 4 ini membabitkan pembinaan padang, gelanggang sukan, jalan raya & kemudahan lain. Pembinaan ini dianggarkan melibatkan kos sebanyak RM 4.5 juta.

Raised Percent :
0%
RM4,500,000
Funding Goal
RM0
Fund Raised

RM

JALINAN KERJASAMA DENGAN BADAN LUAR

Maahad AnNoer, Janda Baik

MKHAQ menjalinkan kerjasama dengan Maahad AnNoer, Janda Baik. Maahad ini dibawah naungan Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.

Kerjasama yang dijalankan dalam bentuk mengguna pakai silibus tahfiz dan pengajian kitab thurath bagi program I’dad yang diajar di Maahad AnNoer, juga akan di ajarkan di MKHAQ. Telah 10 tahun beroperasi di Bogor, Indonesia.

Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

Apabila siap beroperasi sepenuhnya, MKHAQ juga akan menawarkan program vokasional untuk pelajar. Setelah tamat pengajian, pelajar akan memperolehi SijIl Kemahiran Malaysia (SKM).

Projek Yayasan Al Mukhlisin