Madrasah MKHAQ ini dibina di atas 1 ekar tanah wakaf persendirian yang terletak di Lot 15283 Jalan Rumbia Batu 8 Kampung Sijangkang Telok Panglima Garang Selangor.
Proses pembinaan di bahagikan kepada 4 fasa :
- Fasa pertama telah selesai dibina yang membabitkan binaan 5 unit bengkel vokasional dengan kos berjumlah RM 520,000.
- Fasa kedua membabitkan pembinaan bangunan kelas 2 tingkat.
- Fasa ketiga membabitkan pembinaaan 2 blok bangunan 2 tingkat untuk kegunaan asrama, kantin dan pejabat madrasah yang dianggarkan membabitkan kos RM 2.3 juta.
- Fasa keempat ialah penyediaan padang/ gelanggang sukan dan kemudahan yang lain dianggarkan membabitkan kos sebanyak RM 4.5 juta.
Kini, pembinaan madrasah memasuki fasa kedua iaitu pembinaan bangunann kelas 2 tingkat. Pembinaan fasa ini dianggarkan melibatkan kos sebanyak RM 1.6 juta.
Untuk laporan kemajuan semasa di tapak :
- Kerja piling telah siap 100%
- Kerja konkrit pile cap telah siap 100%
- Kerja konkrit ground beam telah siap 100%
- Kerja isi tanah lantai – 100%
- Kerja lean concrete lantai – 100%
- Kerja konkrit lantai – 100%
- Kerja konkrit tiang bangunan kelas bawah keseluruhan – 100%
- Kerja konkrit tiang – 100%
- Kerja konkrit tingkat 2 Beam formwork- 60%
- Saluran pembuangan sisa pepejal dari tandas- 100%
Laporan kemajuan fizikal bulan Mei 2022 :
- Jadual – 30%
- Sebenar – 35%
Laporan kemajuan fizikal 2023 (TERKINI) :
- Fasa 2 : Binaan bangunan kelas 2 tingkat ( FASA TERKINI)
- Pemasangan bumbung – 100%