Skip to main content

Alhamdulillah pada 24 April 2022, kerja-kerja pembersihan dan penyediaan tapak pembinaan yang mengambil masa selama 3 hari telah selesai dijalankan.

Pokok-pokok sawit yang telah ditebang sebelum ini, telah dialihkan keluar dan di tambak dengan tanah merah untuk meninggikan aras tanah.

Seterusnya selepas ini akan dilakukan sekali lagi kerja-kerja menimbus dan meratakan tanah dengan batu bata dan tanah kotor sebanyak 100 lori. Ini bertujuan untuk memastikan tanah tapak tersebut padat dan kukuh untuk mengelakkan sebarang pemendapan tanah pada masa akan datang.

Leave a Reply