Skip to main content

Tentang

Kenali
Yayasan

KENALI

Sejarah

Yayasan Al-Mukhlisin ialah suatu perbadanan yang telah ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan 1952) {Akta 258} dan di sifatkan sebagai mula berkuatkuasa pada 23 September 2020.

Berpusat di Bandar Telok Panglima Garang Selangor, Yayasan Al-Mukhlisin sangat komited menjalankan amanah dengan satu matlamat yang jelas iaitu menjadi yayasan yang unggul dalam menjalankan tanggungjawab memelihara dan membangun akidah Islam

Objektif

1- Memberikan pendidikan berteraskan agama Islam di semua peringkat umur.

2- Membina generasi berpengetahuan mendalam, mengamal ajaran Islam serta menyebarkan dakwah Islam.

3- Memberi bantuan kepada mangsa bencana yang ditimpa musibah mahupun yang dalam kesusahan.

VISI

Menjadi sebuah yayasan global yang menyumbang kepada kesejahteraan umat Islam di Malaysia di bidang pendidikan, kebajikan dan dakwah.

MISI

Membangun jaringan pendidikan di peringkat rendah, menengah, tinggi dan dewasa dengan berpaksikan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Melahirkan sukarelawan di bidang kebajikan yang memiliki karekter pendakwah (da’i) yang holistik dan seimbang.

Sejarah Penubuhan Yayasan

Bermula pada tahun 2010 dari cetusan idea beberapa orang penduduk Kampung Sijangkang untuk membina beberapa pusat pendidikan di kawasan Sijangkang

Ini bertujuan untuk mengembalikan atau mengenang kembali zaman kegemilangan nama Sijangkang suatu masa dahulu dengan adanya sekolah pondok pertama di Selangor sekitar tahun 1917 iaitu Pondok Kiyai Muhammad Ali Qaribun sekitar tahun 1917. Ini diakui sendiri oleh Sultan Selangor, Almarhum Sultan Alaudin Sulaiman Syah pada tahun 1925.

Sumber:
Research in Islamic Studies (RIS) Universiti Malaya
Vol 7, No 3 (2020;31-39)

Yayasan Al Mukhlisin 

Yayasan Al Mukhlisin 

Yayasan Al Mukhlisin 

Yayasan Al Mukhlisin 

Yayasan Al Mukhlisin 

Yayasan Al Mukhlisin 

Hasil perbincangan, mereka membuat keputusan untuk membangunkan sebuah sekolah rendah integrasi terlebih dahulu di Sijangkang ini. Memandangkan kawasan ini hanya terdapat dua buah sekolah rendah yang sudah terlalu padat untuk menampung jumlah penduduk di kawasan sekitarnya.

Maka pada tahun 2017 bermulalah perjalanan pembinaan sekolah ini yang kini dikenali dengan nama Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Sijangkang.

Bermula dengan hebahan dan kutipan dana sumbangan dari masyarakat setempat sehinggalah proses pembinaan bangunan infrastruktur sekolah, semuanya di uruskan oleh kumpulan mereka ini.

Dalam tempoh 2017 sehingga 2019, berlaku perkembangan yang pesat dalam pendidikan di mana rata-rata ibu bapa mula menerima sekolah-sekolah integrasi antara akademik dan hafazan Al-Quran.

Akhirnya, kumpulan pencetus idea ini membuat keputusan untuk menubuhkan dua lagi institusi pendidikan iaitu sekolah tahfiz (madrasah) dan sekolah menengah integrasi, masjid, sekolah pondok pengajian dewasa dan pusat penjagaan orang-orang tua dan anak-anak yatim. 

Maka, kumpulan ini bersetuju untuk menubuhkan satu badan NGO yang diberi nama YAYASAN AL-MUKHLISIN yang didaftarkan di bawah AKTA PEMEGANG AMANAH (PEMERBADANAN) 1952 dibawah kawal selia BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG, JABATAN PERDANA MENTERI pada 23 SEPTEMBER 2020.

Yayasan kini pada tahun 2022, bergerak aktif dalam memastikan matlamat penubuhan untuk membangunkan institusi pengajian ini tercapai dan terlaksana dengan jayanya. Yayasan juga bergerak aktif dalam kerja-kerja kebajikan masyarakat setempat dan akan memperluaskan lagi aktiviti ini di kawasan lain. Yayasan juga mempunyai perancangan untuk menubuhkan koperasi untuk membangunkan sektor ekonomi, pertanian dan perladanngan setempat pada masa akan datang. INSYAALLAH.

Projek Yayasan Al Mukhlisin