Skip to main content

Tentang

Kenali Pengasas

PENGASAS DAN PENGERUSI

Hairulizam Bin Saliban

Tuan Haji Hairulizam bin Saliman, 52 tahun, lulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran) adalah seorang pengarah urusan di sebuah syarikat milik beliau sendiri. Mempunyai pengalaman 30 tahun dalam menguruskan projek berkaitan kejuruteraan dan pembinaan.

Antara bidang kepakaran beliau ialah engineering and vehicle testing system, lab testing equipment, pilot plant, pengurusan projek dan pembinaan.
Kini beliau menyalurkan kepakaran beliau untuk membantu merealisasikan matlamat penubuhan yayasan dalam pembinaan beberapa institusi pendidikan.

PENGASAS

Tuan Haji Ismawadee Bin Ismail

Tuan Haji Ismawadee Ismail, 54 tahun, lulusan Sarjana Muda Perakaunan dan Certified Practicing Accountant Australia (CPA) adalah seorang Akauntan bertauliah. Secara professional, beliau adalah seorang juruaudit berlesen yang mempuyai firma audit sendiri. 

Berpengalaman lebih 20 tahun dalam pelbagai bidang pengauditan, percukaian, kesetiausahaan syarikat, pengurusan kewangan korporat, koperasi dan GLC kerajaan.

Selain itu, beliau juga telah memperluaskan sumbangannya dengan memberi khidmat nasihat perancangan strategik kepada sektor swasta, badan kebajikan, pemaju dan pelabur untuk mencapai kejayaan perniagaan dan matlamat mereka.

Projek Yayasan Al Mukhlisin