Skip to main content

Ihya Ramadhan – 18 April 2021

Seperti amalan kebiasaan sebelum ini, jamuan raya pelajar dibuat secara sumbangan makanan “port luck” dari kalangan berat, pemanis mulut dan buah-buahan. Hanya minuman yang pihak sekolah sediakan pada hari tersebut.

ibu bapa pelajar mengikut kelas masing-masing. Setiap kelas dibahagikan kepada jenis makanan iaitu makanan. Makanya, berbagai makanan melimpah ruah yang disediakan oleh ibu bapa.

Jamuan di adakan di dalam kelas masing-masing. Namun selepas jemu makan di kelas, pelajar-pelajar ini membuat aktiviti kunjung-mengunjung beraya ke kelas yang lain. Di kampong Sijangkang yang majoritinya masyarakat Jawa, aktiviti ini dinamakan “baraan”.

Dengan di iringan lagu raya, aktiviti kunjung-mengunjung ini membuatkan suasana beraya di sekolah menjadi “hidup” dan meriah. Tidak terkecuali juga, semua juga membuat port luck di kantin. Kemudian diteruskan juga aktiviti “baraan” ke setiap kelas.

Alhamdulillah walau makanan yang disumbangkan banyak, namun tidak berlaku pembaziran kerana ada yang dibungkus untuk dibawa pulang oleh para pelajar. Wajah-wajah seronok dan ceria tergambar di muka anak-anak. Ibu bapa pun sangat puas hati.

Terima kasih kami ucapkan kepada semua ibu bapa yang sangat memberi kerjasama dalam menjayakan jamuan raya kali ini.