Alhamdulillah bertarikh 19 Jun 2022, pihak SRITI Sijangkang mengadakan program julung kalinya khusus untuk para ibu bapa pelajar tahun 5 dan tahun 6.
Tujuan utama program ini adalah untuk memberi penjelasan tentang hala tuju anak-anak tahun 6 selepas tamat persekolahan di SRITI Sijangkang.
Penerangan merangkumi tentang Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) dan juga Penilaian Kemasukanb Sekolah Khas (PKSK) iaitu untuk permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Agama Negeri Selangor (SAM) dan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) yang berdekatan Selangor seperti Perak dan Negeri Sembilan.
Penerangan ini disampaikan oleh Ustaz Mohd Fitri, Bahagian Peperiksaan AWAM Sriti Selangor.
Program juga diselitkan dengan slot pengenalan tentang Madrasah Kiyai Haji Ali Qaribun (MK HAQ) yang disampaikan oleh Tuan Haji Ismawadee bin Ismail, Ahli Lembaga Pengelola MK HAQ.
Turut juga diselitkan slot pengenalan tentang Maahad Ihya’ Al-Ahmadi (MIA) yang juga turut disampaikan oleh Tuan Haji Masran bin Othman, Pengerusi Majlis Pengelola Maahad Ihya’ Al-Ahmadi.
Program yang bermula pada pukul 8.30 pagi berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. Rata-rata ibu bapa amat berpuas hati dengan adanya program ini.
Memudahkan para ibu bapa memilih dan menentukan ke mana arah pendidikan anak-anak mereka setelah menamatkan persekolahan di SRITI sIJANGKANG.