Skip to main content

Tarikh 18 Disember 2021 pasti akan tetap dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Pada tarikh ini, banjir kilat terburuk yang melanda membuatkan hampir separuh Selangor lumpuh.

Walaupun kawasan Shah Alam terjejas paling teruk, namun kawasan-kawasan rendah di daerah lain seperti Kuala Langat juga terbabit sama dalam kejadian banjir kilat kali ini.

Pihak yayasan telah membuka bilik gerakan bantuan berpusat di SRITI Sijangkang untuk sama-sama membantu mangsa banjir. Bantuan yang disediakan berbentuk makanan siap dimasak.

Guru dan kakitangan SRITI dikerahkan untuk bergotong-royong dalam menyediakan makanan tersebut. Sebanyak 200 pek makanan tengah hari dan makan malam berjaya disediakan untuk 7 hari berturut-turut.

Bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Cubit paha kanan, paha kiri pun terasa.

Walau kita tak terlibat dengan banjir, namun bila melihat keadaan mangsa banjir yang rata-ratanya tenggelam rumah dan harta benda secara automatik kita berasa simpati dan bersedia membantu mereka dalam segala bentuk bantuan terutamanya makanan.

Semoga kejadian banjir kilat besar seperti ini tidak akan berlaku lagi di Malaysia. Amin.

Leave a Reply