Skip to main content

Pada 24 Jun 2022, MKHAQ buat pertama kalinya menghantar dua orang wakil iaitu Tuan Hairulizam bin Saliban dan Tuan Ismawadee bin Ismail selaku Ahli Lembaga Pengelola ke program Multaqa Az- Zein yang ke -3.

Multaqa Az-Zein ini merupakan pertemuan tahunan antara Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki dengan semua wakil cawangan yang berada di bawah naungan Maahad An -Noer.

Program yang berlangsung selama 3 hari ini, diadakan di Ancasa Residences, Port Dickson bermula pada Jumaat 24 Jun 2022 hingga Ahad 26 Jun 2022. Tuan rumah program kali ini diberikan kepada cawangan Madrasah Tahfiz Az-Zein yang beroperasi di Seremban, Negeri Sembilan.

Multaqa ini diadakan bertujuan untuk menerangkan dan menjelaskan tentang silibus An-Noer dan apa-apa perubahan dasar pengurusan di An-Noer.

Di samping itu, setiap cawangan diberi peluang untuk membuat pembentangan laporan cawangan masing-masing secara bersemuka langsung dengan Tuan Guru Syeikh. Setiap permasalahan didengar dan diambil berat oleh Tuan Guru.

Di akhir pertemuan, satu resolusi telah dibuat secara bersama untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh cawangan-cawangan. Alhamdulillah.

Leave a Reply